Showing posts with label Cerpen Hampeh. Show all posts

Cerpen Hampeh#1: Hasratnya Ingin Jadi Penyanyi..

Klik Untuk Baca Lanjutan Entri» |


Mengeluh Amylia apabila mengenang kisah hidupnya. Impiannya untuk menjadi penyanyi masih tidak tercapai lagi walaupun mempunyai segala yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya idamannya iaitu cantik dan berbakat. Manakala usaha pula jangan ditanyalah. Setiap kenduri kahwin di kampungnya pasti gadis ini akan membuat persembahan, tidak kiralah sama ada dipelawa atau kehendak sendiri. Pendek kata, Amylia tetap akan menyanyi tidak kira apa. Walaupun sebenarnya dia agak pemalu namun kerana keinginannya untuk bergelar penyanyi, Amylia sanggup menebalkan mukanya. Dan setiap kali dia menyanyi pasti Amylia mendapat sambutan yang hangat dari tetamu yang hadir. Ini yang membuat gadis berusia 25 tahun itu bertambah musykil. Difikirannya jika dia tidak punyai bakat menyanyi, mengapa setiap kali persembahannya mendapat tepukkan yang hebat.