5 Ciri Wanita Idaman Yang Memang Luarbiasa Jika..

Gua percaya ramai lelaki diluar sana idamkan ciri-ciri tertentu yang ada pada wanitanya. Ada yang bersifat fizikal dan ada yang tidak. Namun pastinya, setiap lelaki idamkan ciri-ciri esklusif tersebut walaupun akhirnya tidak dapat pun apa yang diidamkan. Bagi yang dapat tu memanglah korang dilahirkan bertuah.

Jadi hari ini, gua nak senaraikan 5 ciri wanita idaman bagi sejumlah besar lelaki di muka bumi ini yang bagi gua amat-amatlah luarbiasa jika.... So cekidot!

1. Wajah Super Cantik Bak Artis



Menurut kajian, 32% lelaki mengidamkan wajah wanitanya yang cantik. Tapi memang luarbiasalah jika korang sendiri muka macam kapal pecah. Ukur baju di badan sendirilah bro. Takkan awek cun nak korang yang xberapa nak hensem tu. Jika korang anak jutawan mungkin ada peluang nak dapat. Jika bukan, baik jangan mengidam lebih-lebih. Namun siapa tahu. Cinta itu buta.



2. Berpayudara Super Besar



Ini pastinya antara ciri idaman yang paling popular dikalangan lelaki. Payudara paling besar adalah bersaiz 102ZZZ milik Norma Stitz. Perghh besar tu! Tapi memang luarbiasalah jika korang sendiri cepat panas hati apabila melihat lelaki lain merenung payudara wanita korang. Maklumlah super besar tu beb! Takkan korang nak maki setiap lelaki yang pandang. Penat tu. Tapi bagi yang tak kesah pula, korang memang dayus! Sebab membenarkan lelaki lain melihat sesuatu yang bukan hak mereka sehingga boleh menimbulkan fitnah. Jadi pilihlah yang sedang-sedang saja. Tamat cerita.

3. Beriman Dan Super Baik


Sesuatu yang harus diidamkan oleh setiap lelaki. Tapi memang luarbiasalah jika korang sendiri berperangai macam setan. Setan sendiri pun kalah. Merewang tak tentu hala. Sembahyang sudahlah jarang, mengaji haram xtahu. Gua takut awek yang baik ini boleh rosak bila bersama dengan korang. Jadi berusahalah menjadi lelaki yang baik. Buang semua perangai buruk korang tu. Baru boleh berangan nak awek baik dan beriman. Bak petikan Surah An-Nur':26 "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" (mcm ustaz plak gua).

4. Super Setia - Tidak Pernah Curang



Kesetian memang amat penting dalam perhubungan. Tapi memang luarbiasalah jika korang sendiri tidak setia. Awek keliling pinggang. Handphone penuh dengan nombor telefon cikaro jer. Tengok awek lain pun boleh terliur penuh sebesen. Camne tu bro? Belajarlah dahulu setia baru boleh mengharapkan orang lain untuk setia.

5. Punyai Body Super Hot



Pasti ini juga menjadi idaman para jejaka diluar sana. Lelaki mana yang tak nak awek ber'body' hot macam tu. Betul tak? Tapi memang luarbiasalah jika body korang sendiri tak se-hot mana. Orang sepatutnya punyai six-pack tapi korang punyai one-pack (buncit). Senaman dah tak mahu. Asyik togok air karbonat jer. Buat-buatlah bersenam. Kurangkan lemak dan banyakkan otot pada badan. Barulah awek nak rapat. ahak!

Jadi adakah ciri diatas sama seperti ciri idaman korang? Jika ya, luarbiasa tak bagi korang. Haha

(Artikel ini adalah sekadar pengkongsian pendapat sahaja. Tiada pernah niat gua nak kutuk sesiapa. Gambar diambil dari Google Image sepenuhnya. Harap maklum)

This entry was posted on Sunday 6 May 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.