Cerpen Hampeh#1: Hasratnya Ingin Jadi Penyanyi..


Mengeluh Amylia apabila mengenang kisah hidupnya. Impiannya untuk menjadi penyanyi masih tidak tercapai lagi walaupun mempunyai segala yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya idamannya iaitu cantik dan berbakat. Manakala usaha pula jangan ditanyalah. Setiap kenduri kahwin di kampungnya pasti gadis ini akan membuat persembahan, tidak kiralah sama ada dipelawa atau kehendak sendiri. Pendek kata, Amylia tetap akan menyanyi tidak kira apa. Walaupun sebenarnya dia agak pemalu namun kerana keinginannya untuk bergelar penyanyi, Amylia sanggup menebalkan mukanya. Dan setiap kali dia menyanyi pasti Amylia mendapat sambutan yang hangat dari tetamu yang hadir. Ini yang membuat gadis berusia 25 tahun itu bertambah musykil. Difikirannya jika dia tidak punyai bakat menyanyi, mengapa setiap kali persembahannya mendapat tepukkan yang hebat.


Setelah berfikir panjang, akhirnya Amylia mendapat satu idea. Dia menyuruh rakannya, Jack untuk mengambil gambar semasa dia membuat persembahan. Dalam fikiran Amylia, mungkin terdapat kekurangan semasa dia membuat persembahan dan dengan adanya gambar-gambar tersebut, dapatlah dia membuat pemerhatian untuk mengenalpasti dan mungkin mengatasi kekurangannya supaya mencerahkan lagi peluangnya unutk menjadi penyanyi.

Semalam seperti biasa Amylia menjalankan tugasnya selaku penyanyi di majlis perkahwinan. Sorakkan dari tetamu masih seperti biasa, meriah. Disebabkan itu, bertambah rasa tidak sabar Amylia untuk melihat gambar-gambar yang diambil oleh Alim. Dan penantiannya berakhir apabila rakannya itu datang ke rumahnya. Dengan hati riang, Amylia menyambut kedatangan rakannya itu. Jack menyerahkan sampul surat yang di dalamnya penuh dengan gambar yang ditangkapnya semalam kepada Amylia. Selepas itu, Jack pun beredar tergesa-gesa kerana menurutnya ada kerja penting perlu dibuat. Amylia ucapkan terima kasih.

Setelah melihat rakannya kian lenyap dari pandangannya, dengan gopoh, Amylia membuka sampul surat itu dan mula memperhatikan satu persatu gambar tersebut. Tiba-tiba, muka Amulia jadi merah dan serta merta dia melemparkan gambar-gambar tersebut ke langit. Amylia menjerit "Aku Tak Mau Dah Jadi Penyanyi!!!" lalu berlari masuk ke biliknya dalam keadaan menangis.......

Korang nak tahu apa yang ada pada gambar tersebut sehinggakan mampu membuat Amylia yang berusaha sekerasnya untuk menjadi penyanyi sanggup melupakan minatnya itu? Jeng..jeng..jeng

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Inilah sebabnya..


Hampeh Punya Cerpen! Hahaha

p/s: Nukilan oleh gua sendiri. Sorry la jika cerpen gua hampeh (baru berjinak-jinak nak menulis), hanya sekadar untuk berhibur saja. Jika korang copy/paste entri ini, sila kreditkan pada blog gua. TQ.

This entry was posted on Wednesday 30 May 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.